Santai

My Favourite Article

Copy Paste Only Sdn. Bhd

Tuesday, April 14, 2009

MEMAHAMI KAPITALISMA (Tukar Tiub)

GLOBALISASI – SATU DUNIA BARU

Kita diberitahu bahawa dunia sedang menghadapi masaalah kecairan – ertinya tidak ada duit dalam pasaran. Lalu kita bertanya ke mana agaknya segala duit-duit yang terkumpul dalam dunia ini pergi.

Negara China, Jepun, Korea, Singapura, Taiwan dan termasuk Malaysia sendiri ada menyimpan duit-duit ini dalam bentuk kertas dolar Amerika. Wang yang tersimpan ini – menjadi wang simpanan negara – adalah hasil kita berjual beli dengan Amerika. China dan Jepun adalah negara yang paling banyak menyimpan kertas dolar.

Kertas dolar telah dipaksakan ke atas dunia ini oleh kuasa imperial Amerika. Permaksaan ini melalui dua cara. Pertama – Amerika telah membuat perjanjian 1972-74 dengan keluarga Saud bahawa semua jual beli minyak wajib menggunakan kertas dolar. Ini kerana bahan bakar petroleum diperlukan oleh semua negara. Manakala Saudi adalah pengeluar utama bahan bakar ini. Untuk gantinya – kuasa imperial Amerika berjanji akan menjaga keselamatan keluarga Saud dari dipukul oleh ombak rakyat.

Cara kedua ialah dengan kekuatan bala tentera. Amerika mendirikan 702 pengkalan tentera di 130 buah negara dalam dunia ini. Tidak ada negara penjual minyak yang berani menjual minyak tanpa menggunakan kertas dolar. Saddam Hussein cuba mengalihkan kertas dolar sebagai mata wang jual beli minyak. Jawapannya Saddam di gantung mati. Iran sedang berusaha untuk beralih dari kertas dolar justeru segala bentuk sekatan sedang dilakukan ke atas Iran.

Dari mana kertas dolar ini datang? Kertas dolar hanyalah kertas yang telah dipaksakan nilainya ke atas warga dunia. Ini dipanggil – fiat money - nilai yang dipaksa. Tanpa paksaan ini dolar hanyalah kertas yang tidak memiliki apa-apa nilai. Justeru kertas dolar adalah satu penipuan yang terunggul dalam sistem ekonomi kapitalis.

Pada awalnya Amerika Syarikat adalah sebuah negara revolusiner yang berdiri untuk menjaga kepentingan warga. Amerika mengeluarkan duit kertas sendiri. Amerika yang merdeka telah membebaskan diri dari para banker yang telah lama bersarang di City of London. Tuan-tuan empunya bank merasa mereka kehilangan bumi permata apabila Amerika menjadi bebas dan merdeka. Lalu para banker menelurkan satu konspirasi untuk memaksa pentadbiran Amerika terus terikat dengan kepentingan para banker.

Pada tahun 1913 setelah beberapa kali pecubaan gagal akhirnya para banker telah berjaya memaksa/menipu Kongres untuk menerima dan meluluskan Akta Federal Reserve 1913. Ramai warga dalam dunia tersilap menyangka bahawa Federal Reserve ini adalah bank milik negara Amerika. Tidak betul. Federal Reserve ini bukan bank milik negara Amerika seperti Bank Negara kita di Jalan Kuching. Federal Reserve adalah bank swasta yang tuan pemiliknya dirahsiakan.

Siapa lembaga-lembaga pengarah Federal Reserve ini juga di rahsiakan. Kongress hanya boleh menerima atau menolak dua nama yang akan di cadangkan oleh Federal Reserve. Justeru dunia hanya mengenali nama Alan Greenspan Pengerusi Federal Reserve yang lalu dan Ben Bernanke Pengerusi yang terkini. Siapa yang lain di belakang tabir Federal Reserve ini tidak akan diketahui umum.

Mengikut Akta 1913 ini pentabiran Amerika tidak lagi dibenarkan mengeluarkan mata wang sendiri. Mata wang untuk kegunaan negara Amerika hanya akan dikeluarkan oleh Federal Reserve. Jika kerajaan Amerika memerlukan dolar maka kerajaan wajib meminjam dari Federal Reserve – sama ada dengan menjual bond atau meminjam dengan bunga yang ditetapkan. Lihat bagaimana liciknya konspirasi para banker ini.

Seperti tulisan minggu lalu – para banker ini mencetak kertas yang dipanggil dolar tanpa apa apa asas. Kertas dolar ini akan dipinjam oleh kerajaan Amerika dari Federal Reserve ini akan dibayar kembali dengan bunga. Duit membayar hutang dan riba ini datang dari tenaga dan titik peluh rakyat Amerika. Melalui kertas kosong para banker ini telah membuat harta Qarun.

Inilah dia punca yang sedang membawa huru hara ke atas dunia hari ini. Mungkin ada yang berhujah – ini di Amerika apa sangkut pautnya dengan harga ikan di Pasar Chow Kit. Sabar dahulu biar saya terangkan sejelas mungkin.

Hari ini perniagan tukaran mata wang dalam dunia ini semuanya diwajibkan menggunakan dolar. Semua simpanan reserve bank-bank negara dalam dunia ini akan bersandarkan dengan kertas dolar. Ini telah dipaksakan oleh sistem kapitalis yang dikepalai oleh pemodal Anglo-Amerika. Para banker dan kaum pemodal ini telah mendirikan lembaga-lembaga kewangan dunia. Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF) ada dua lembaga hitam yang memastikan kertas hijau ini digunakan di seluruh dunia.

Setiap negara akan dinilai kekuatan ekonominya bersandarkan dolar. Perniagaan antarabangsa semuanya menggunakan kertas dolar. Barang yang kita ekspot dan barangan yang kita impot semuanya dinilai dengah kertas hijau ini. Justeru kita sendiri di Malaysia akan melihat rebah bangun ekonomi negara kita melalui perbandingan ringgit dengan kertas dolar.

Jika pembaca memahami apa yang saya tulis ini maka amat jelas kelihatan bahawa umat manusia dalam dunia ini telah diperbodohkan dan ditipu oleh Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF. Lalu kita menyoal diri kita sendiri: kenapa tidak dapat dilakukan sesuatu untuk membebaskan diri dari sistem kapitalis global ini?

Pertama: Banyak rakyat Amerika sendiri kurang sedar silap mata dan tipu helah yang dijalankan oleh Federal Reserve ke atas negara mereka. Rakyat dunia juga tidak sedar akan hal yang sama. Kedua: tidak ada sesiapa yang akan dapat memasuki Rumah Puteh yang akan berani membocorkan rahsia ini. Lihat apa terjadi kepada Abraham Lincoln yang menentang para banker dan Central Bank (nama asal Federal Reserve). Presiden Lincoln yang berperang hampir jatuh muflis telah mencetak Lincoln Greenback Dollar tanpa meminjam dari Central Bank. Lihat juga apa yang terjadi kepada John F Kennedy kerana cuba membocorkan konspirasi kaum pemodal ini. Ketiga: tidak ada sesiapa yang akan dapat menjadi ahli Kongres atau masuk ke Dewan Senat Amerika dengan agenda menentang Federal Reserve, menentang para banker dan kaum pemodal ini.

Semenjak tahun 1913 para banker ini telah membuat jaringan, kabal dan kumpulan rahsia untuk memastikan kepentingan mereka dijaga oleh para politikus. Hari ini kabal rahsia para banker-banker ini telah mempengaruhi semua cabang pentabiran di Amerika.

Hasilnya – media tidak pernah dan tidak akan melaporkan ke akar umbi secara radikal rancangan jahat para banker dan kaum pemodal ini. Enam puluh tahun dahulu masih terdapat 86 buah syarikat media yang besar dalam dunia ini. Ketika itu media cetak masih lagi bergerak bebas. Hari ini yang tinggal hanya 6 buah syarikat - ViaCom, General Electric, Disney, NewsCorp, Times Warner dan CBS - yang memiliki pelbagai bentuk media. Syarikat media ini dimiliki oleh para banker-banker ini. Malah jika diselidiki dengan rapi kita akan menemui bahawa modal-modal ini juga telah meresap masuk ke dalam industri media tempatan kita.

Yang menyusun dan merancang semua ini adalah kabal-kabal rahsia seperti – Freemason, Bohemian Grove, Bilderberg Group, Skull and Bones – semuanya terpusat di bawah satu bumbung yang dikuasi oleh pemodal dan banker yang sedang merancang untuk memunculkan New World Order – Satu Dunia Baru. Di belakang semua ini ialah nama-nama seperti Rothschild, Rockefeller and Morgan. Mereka ini berkumpul di bawah payung organisasi yang dipanggil Illuminati. Susuk-susuk yang kaya raya ini tidak pernah muncul menunjukkan muka mereka.

Kabal rahsia ini telah memunculkan muka-muka yang boleh dikenali oleh dunia seperti Henry Kissinger, Zbigniew Brzezinksi and Lord Carrington. Mereka ini dianggap sebagai jurufikir yang berkumpul di bawah Council of Foreign Relation di Amerika dan Royal Institute of International Affairs di United Kingdom. Lembaga jurufikir seperti NGO ini akan menjemput malaon dari dunia ketiga yang bercita-cita untuk menjadi presiden atau perdana menteri.

Tugas badan pemikir ini ialah mentafsir dan menilai malaon-malaon dari dunia ketiga ini. Penilaian bukan berdasarkan apa yang ada di antara dua telinga maloan-malaon ini tetapi sama ada maloan-maloan ini akan bersedia untuk menjadi barua yang setia untuk menjalankan dasar yang diperlukan oleh kabal rashia ini.

Justeru kita lihat apabila dasar penswastaan dianjurkan maka semua malaon yang telah dilantik menjadi barua di dunia ketiga akan menjalankan dasar yang sama. Apabila dasar globalisasi diperkenalkan maka malaon-maloan ini seperti burung kakaktua akan bersuara sama.

Jika ada malaon ini yang cuba melawan seperti Noriega dari Panama atau Saddam maka dengan sekelip mata mereka akan dilupuskan. Jika maloan ini sudah selesai tugasnya seperti Suharto, Marcos, Lol Nol atau Zia ul haq, – mereka akan diketepikan untuk malaon yang baru naik. Semua ini dirancang. Tidak ada yang berlaku tanpa perancangan.

Hari ini sebenarnya tidak ada masaalah kecairan. Apa yang berlaku ialah peralihan harta dan wang ringgit warga dunia masuk ke tangan para banker ini. Dolar yang terkumpul hari ini melebihi 17 trilion dolar. Dolar, emas dan pelbagai mata wang ini tersimpan di 27 buah negara pulau yang memiliki bank pesisir pantai. Negara seperti Bermuda, Cook Islands, Switzerland, Luxumbourg, Cayman Island dan termasuk Labuan adalah tempat tersoroknya harta ini. Buat ketika ini di sinilah harta kekayan dunia sedang bermastautin. (TT)

(Tulisan ini boleh diambil untuk kegunaan membuat kebaikan)

Read full article

Tuesday, April 7, 2009

KAPITALISMA, HUTANG DAN RIBA (TukarTiub)

BANK DAN PEMBOHONG

Semua yang wujud dalam alam bergerak mengikut hukum alam. Manusia wujud melalui DNA. Bumi ini wujud kerana pertemuan, asakan dan pergumpalan pelbagai bentuk elemen kimia yang terpencar bersepah dalam udara hasil dari Letupan Besar.

Seperti besi berani yang akan terus menghala ke Utara bagitu juga hukum hukum alam ini tidak berubah ubah. Manusia yang memiliki akaliah akan mencari dan menemui hukum-hukum ini. Penemui hukum hakam alam ini menjadikan asas kepada tamadun manusia. Hukum alam ini tidak akan beralih-alih. Hukum hakam ini neutral tidak memiliki nilai. Nilai baik atau jahat lahir dari akaliah manusia.

Madame Marie Curie menemui radium dan menemui Cahaya X dalam uranium. Dia juga menemui hukum hakam uranium. Ciri dan watak uranium tidak pernah berubah. Apabila ditemui ciri dan hukum hakam uranium, maka akaliah manusi jugalah yang cuba mengubah hukum hakam ini hingga melahirkan bom atom.

Kajian hukum hakam aljibra dan ilmu bintang oleh al-Khwārizmī's di Baitul Hikmah Baghdad di zaman Khalifah Al-Mamun berkembang hingga ke hari ini. Hukum ilmu bintang ini neutral – hanya kuasa imperial Anglo-Amerika yang menggunakan hukum hakam ini untuk kebejatan dengan meletakan senjata di atas langit.

Kapitalisma juga bergerak mengikut hukum hakam. Hukum pertama kapitalisma ialah untuk mendapatkan keuntungan maksima. Hukum ini tidak akan beralih-alih. Sama ada kapitalis ini Majusi, Yahudi, Nasrani atau Islam – hukum kapitalis adalah sama.

Kapitalisma juga bergerak melalui hutang. Sistem kapitalisma akan runtuh jika hutang dan riba tidak wujud. Kepala jahat yang melahirkan hutang dan riba ini ialah bank. Justeru kita wajib memahami begaimana bank mula bergerak untuk mendapat keuntungan maksima.

Sebelum kemunculan bank – di zaman Kapitalisma Mecantile - emas adalah tukaran. Justeru jika kita menyemak Sejarah Melayu kita akan terbaca upti yang dibayar kepada Raja Siam berbentuk Bunga Emas. Kita juga terbaca perkataan perak sebagai wang. Jika melawat musium kita akan akan dapat melihat mata wang lama Alam Melayu – emas dan perak.

Para saudagar yang berniaga akan mengupah Tukang Emas untuk membuat kepingan emas dan perak ini sebagai tukaran membeli. Saudagar akan meninggalkan emas dan perak untuk disimpan ke dalam peti besi Tuan Kedai. Kepingan emas dan perak ini dijaga rapi. Sebagai tandanya Tuan Kedai akan menuliskan diatas kertas jumlah emas yang tersimpan. Kertas ini cukup berharga. Sesekali si Saudagar akan datang melihat emasnya yang tersimpan.

Tuan Kedai Emas melihat bahawa surat yang ditulisnya telah diyakini umum. Keyakinan ini datang kerana Tuan Kedai bukan hanya menyimpan untuk saorang saudagar tetapi bebelas-belas. Jika ada si Suadagar atau sesiapa yang datang untuk melihat emasnya Tuan Kedai akan memperlihat emas-emas kepunyaan saudagar yang lain. Keyakinan bertambah.

Dari sini mulalah hukum kapitalisma bergerak lagi. Contohnya Tuan Kedai ada menyimpan 100 keping emas yang dimiliki Saudagar Buluh Kasap. Jika disimpan maka nilainya tidak bertambah. Justeru Tuan Kedai telah menulis 200 keping kertas untuk Saudagar Buluh Kasap ini. Ertinya ada seratus keping kertas lebih dari 100 keping emas. Ini menjadikan modal Saudagar Buluh Kasap bertambah satu kali ganda.

Kertas yang ditulis oleh Tuan Kedai ini diwar warkan sama dengan nilai emas yang tersimpan dalam peti besi Tuan Kedai. Inilah asal usul duit kertas atau bank note. Dari pengalaman, Tuan Kedai tahu bahawa para-para saudagar ini tidak semuanya akan datang dalam satu masa yang sama untuk melihat emas simpanan. Justeru dia boleh memutar belitkan jumlah kepingan emas yang disimpan.

Hukum keuntungan maksima sistem kapitalis bergerak lagi. Kali ini Tuan Kedai bukan lagi mengeluarkan kertas kepada si Penyimpan Emas sahaja tetapi telah berani menjual kertas ini kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar untuk digunakan sebagai modal. Kertas yang dijual ini pastilah telah melebihi dari jumlah emas yang ada tersimpan. Pekara ini tidak di ketahui umum kerana Tuan Kedai menyimpan emasnya secara rashia. Konon untuk menjaga kestabilan suasana perniagaan.

Tuan Kedai Emas menjadi kaya menjual kertas kosong yang tidak berasaskan emas. Justeru inilah asal usul bank dalam sistem kapitalisma. Amat jelas bank bermula dengan pembohongan. Pembohogan ini menjadi kukuh kerana adanya keyakinan dari orang ramai. Orang ramai yakin kerana melihat ramai saudagar telah menyimpan emas dengan Tuan Kedai. Tuan Kedai Emas ini juga dilihat hebat dikalangan masyarakat kerana di memiliki rumah besar, isteri gemok, makan sedap, ada babu dan ada pengawal pribadi.

Tuan Kedai Emas ini akhirnya menjadi banker. Ini berlaku 500 tahun dahulu. Jika kita membaca karya Shakespeare kita akan bertemu dengan si Mamat yang bernama Shylock tuan peminjam wang di kota Venice. Shylock ini adalah watak banker 500 tahun dahulu. Hari ini watak, hukum hakam dan ciri ciri seorang banker tidak pernah berubah. Hutang wajib dibayar jika tidak daging seketul wajib diagihkan.

Hari ini 500 tahun kemudian – asas hukum bank – tidak pernah berubah tetapi cara pengendalian lebih tersususn. Umum selalu bertanya dari mana datangnya wang. Jawabnya: yang mencetak wang ialah bank. Caranya tidak jauh bezanya dari Tuan Kedai Emas dahulu.

Contoh : Ada sebuah bank bernama Bank Buluh Kasap yang memiliki modal sebanyak 100 ringgit. Bank ini mendapat pelanggan 10 orang yang menyimpan 100 ringgit seorang. Ertinya bank ini ada 1100 ringgit. Bank ini kemudian memberi pinjaman kepada 10 pelanggan baru. Setiap pelanggan dipinjamkan 200 ringgit. Lihat silap mata! Dari 100 ringgit modal asal kini menjadi 2100 ringgit.

Bank ini sebenarnya tidak memberikan pinjaman duit tetapi – kredit. Tidak ada duit bertukar tangan. Ini duit atas angin. Tuan punya bank seperti Tuan Kedai Emas - tahu bahawa tidak semua pelanggan akan datang serentak untuk mengeluarkan duit simpanan.

Bank memungut bunga dan riba – yang dipanggil untung. Duit bunga ini akan terus dipusingkan untuk dipinjamkan lagi. Ertinya duit dalam sistem ekonomi kapitalis lahir dari hutang dan bunga. Inilah yang telah dilakukan oleh semua bank. Inilah caranya bagaimana duit muncul dalam pasaran. Sistem bank dalam ekonomi kapitalis bergerak mengikut hukum ini.

Dalam masa yang sama si peminjam diminta memberi cagaran – ini untuk menjamin keuntungan kepada bank. Jika si pelanggan gagal membayar hutang maka cagaran akan terlupus. Harus difahami bahawa bank membuat duit bukan melalui cagaran. Bank membuat duit dengan memberi orang berhutang. Cagaran hanya mainan silap mata untuk melahirkan keyakinan.

Katakan pada hari Rabu minggu hadapan semua pelanggan Bank Buluh Kasap ingin mengeluarkan duit - maka terbonggeng dan terkangkang Bank Buluh Kasap. Tidak ada duit sebenarnay dalam bank itu. Yang berpusing pusing hanya kertas. Terbongeng dan terkangkang inilah yang sedang kita hadapi semenjak bulan September tahun 2008.

Bank Northern Rock di Scotland terbonggeng apabila semua penyimpan datang beratur untuk meminta wang simpanan mereka. Ini permulaan hilangnya keyakinan orang ramai terhadap bank. Orang ramai tidak yakin bahawa duit mereka akan selamat. Apabila orang ramai hilang keyakinan maka silap mata bank akan kantoi. Orang ramai akan berbondong bondong datang untuk mengeluarkan duit mereka. Bank yang pandai main silap mata kini tidak dapat melakukan apa-apa melainkan mengaku diri mereka bankrap. Inilah yang sedang berlaku sekarang.

Selama 30 tahun yang lalu pelbagai bentuk mainan silap mata telah dilakukan oleh bank. Banker banker ini telah mempengaruhi para politikus untuk melupuskan pelbagai larangan dan rintangan. Mereka memungut riba dan mengumpul harta. Dengan harta kekayaan yang terkumpul hasil dari makan riba, para banker telah memberi sumbangan kepada politikus. Persekongkolan ini cukup intim. Para banker ini tidak pernah muncul di khalayak umum. Tetapi kepentingan mereka terjamin melalui para politikus yang akan bersuara menjaga kepentingan mereka.

Pada tahun 2009 ini banyak bank telah bangkrap. Lalu persoalan timbul. Kemana perginya duit duit ini? Harta kekayaan tidak hilang ianya hanya bertukar tangan. Duit ringgit milik orang ramai yang tersimpan dibank telah dijadikan modal untuk membuat lebih banyak untung. Keuntungan ini disimpan. Penyimpan duit di bank boleh jatuh bankrap, bank boleh di istihar bangkrap tetapi tuan empunya bank tidak pernah bankrap. Ada pelangan akan kalah judi di Genting tetapi Syarikat Lim Go Tong sampai kiamat tidak akan bankrap. Ini juga adalah hukum sistem kapitalis. (TT)

Read full article

Tuesday, March 31, 2009

IMPERIALISMA DAN EMPIRE (Tukar Tiub)

Duit ringgit , modal dan harta kekayaan tidak berbangsa dan tidak beragama. Duit ringgit tidak mengenal sempadan. Keuntungan maksima tidak bersunat dan tidak pernah mandi berhadas. Kapitalisma tidak memiliki semangat nasionalisma, tidak berbahasa dan tidak pernah ada semangat patriotisma.

Modal yang mencari untung tidak memiliki cinta, kaseh dan sayang. Modal tidak mengenal manusia atau binatang. Apa dapat di jual – akan di jual. Apa dapat dibeli – akan dibeli. Beli murah dan jual mahal. Untung memastikan keuntungan maksima.

Apa yang saya tulis diatas adalah sifat-sifat dan ciri-ciri asli modal. Modal memiliki watak ganas untuk bertarong, menundukkan dan memakan modal-modal yang lemah. Modal besar akan memakan modal yang kecil untuk menjadi modal yang lebih besar. Modal yang lebih besar akan memakan modal besar untuk menjadi modal yang paling besar.

Jika modal duduk tidak bergerak modal ini akan mengempis. Kalau saya ada 10,000 ringgit dan saya simpan duit ini dalam bilik mandi – nilai 10,000 ini dari hari ke hari akan berkurangan. Ini hukum modal. Modal yang tidak bergerak adalah modal mati. Tidak ada sesiapa yang dapat melanggar hukum ini. Ini hukum kapitalisma. Dalam sistem kapitalisma – wang ringgit wajib begerak untuk terus membesar. Pembesaran modal hanya melalui jual beli yang akan menjamin keuntungan.

Sistem ekonomi kapitalisma muncul dari kehancurana sistem ekonomi feudalisma. Dalam hukum kapitalisma modal wajib membesar dan berkembang, akhirnya melahirkan era kolonialisma – penjajahan.

Lupakan cerita-cerita karut yang diajar di Sekolah Menengah Tingkatan Lima tentang Zaman Penemuan Negara Baru. Kita di beritahu bahawa kuasa Mat Saleh dari negara atas angin meninggalkan negara mereka untuk mengembangkan agama Kristian, mencari padri yang bernama John Poster atau membawa tamadun dan pencerahan ke negara yang tidak bertamadun – ini adalah cerita cerita karut.

Pada tahun 1786 bukan Francis Light yang berjumpa Pulau Pinang tetapi Orang Melayu Kedah yang berjumpa Francis Light. Pada tahun 1819 bukan Raffles yang menemui Singapura tetapi Orang Melayu Johor bertemu Raffles. Orang Putih menemui Singapura dan Pulau Pinang adalah cerita karut marut yang telah dijual bagitu lama sekali. Tidak ada sesiapa menemui kita. Kita telah wujud.

Tujuan Portugis , Sepanyol, Belanda dan British meninggalkan tanah air mereka dan belayar ialah untuk mencari bahan-bahan perniagaan baru untuk diperdagangkan. Berdagang ertinya datang untuk mencari untung. Kuasa kolonial ini ingin mencari dua pekara : Bahan mentah untuk dibawa ke Eropah dan pasaran untuk menjualkan barang yang mereka buat di negara mereka.

Di Eropah di awal kurun ke 13 – pasaran telah tepu. Sistem ekonomi feudal tidak dapat lagi menanggung perkembangan tamadun bangsa. Kemiskinan di sana sini. Naratif Charles Dickens dalam Oliver Twist (1838) menggambar keadaan ketika itu dengan tepat sekali. A Tales of Two City (1859) berlatarkan revolusi rakyat Peranchis memperlihatkan penentangan kaum tani terhadap kaum feudal. Sistem ekonomi feudal sedang diasak oleh sistem ekonomi kapitalis.

Zaman awal penjajahan ialah zaman pemulaan kapitalisma saudagar – mercantile capitalism. Jangan lupa East India Company dan Dutch East India Company – nama mereka sahaja telah tertonggeng bogel menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah saudagar yang datang berdagang untuk mencari harta kekayaan. Raja/Permaisuri England dan Belanda disalut kemudian untuk mencantik dan mengindahkan kerja jahat kaum saudagar ini. Malah ramai diantara saudagar Mat Saleh ini adalah lanun laut yang di beri penghormatan oleh kaum feudal.

Agama didatangkan kemudian dengan tujuan untuk menipu dan memastikan anak-anak tanah jajahan terus diperbodohkan dan ditakut-takutkan dengan api neraka. Cerita api neraka ini masih lagi satu ‘trick’ baru yang masih boleh digunakan di tanah jajahan. Hasil dari persekongkolan – kaum pemodal, kaum feudal dan kaum agamawan - tanah tanah dan harta kekayaan rakyat di Asia, Afrika dan Amerika Latin dapat di rampas. Untuk gantinya rakyat di negara-negara ini diberikan Kitab Injil. Inilah hakikat era zaman kolonialisma.

Kemasukan kuasa kolonial ini bukan tidak ada penentangan. Di Melaka kuasa kolonial Portugis telah di lawan. Apabila kuasa kolonial Belanda sampai mereka juga ditentang dan di lawan. Justeru kuasa kolonial melihat bahawa untuk memastikan perniagaan mereka selamat mereka perlu memiliki bala tentera. Justeru kota-kota perlabuhan yang didirikan di tepi persisiran laut wajib dikawal rapi. Ini berlaku di Batavia, Melaka, Pulau Pinang, Singapura, Manila – di Afrika dan Amerika Latin ciri-ciri yang sama juga berlaku.

Kini wajah modal para saudagar telah mula berubah. Untuk memperlihatkan mereka berderajat dan ada ‘class’ maka cap mohor King dan Queen diperlukan. Untuk memastikan mereka selamat tentera laut dan darat disediakan. Apabila modal emas dan ringgit terkumpul dan bertambah maka para saudagar ini berupaya untuk mendiri dan memperbesarkan pasokan soldadu. Akhirnya anak-anak tempatan direkrut untuk dijadikan sebahagian dari tentera kolonial.

Tentera Ghurkha, Kyber Rifles, British Indian Army, British Burmese Army adalah diantara nama-nama pasukan tentera dimana anak-anak tempatan berjaya direkrut untuk menjadi alat penjajah. Di Indonesia hingga ke hari ini kita mendengar konsep Anak Emas Belanda – ini adalah rakyat Moluku yang direkrut untuk menjadi budak suruhan Belanda. Malah askar Melayu Diraja yang patriotik menentang Jepun dalam Perang Dunia Kedua dihasilkan oleh British War Office yang meluluskan Akta Malay Regimen pada 23 November 1923.

Dalam masa yang sama – kuasa kolonial juga bergerak mengikut hukum kapitalisma dan modal – mereka bertentangan antara satu puak dengan yang lain. Portugis kuasa kolonial awal telah lemah kerana diserang oleh kuasa modal British, Belanda dan Sepanyol. Kuasa modal kolonial Sepanyol runtuh apabila diserang oleh kuasa modal kolonial Belanda dan British.

Akhirnya yang tinggal hanyalah kuasa modal British dan Belanda. Di kawasan Kepulauan Melayu pertempuran hebat untuk merebut harta kekayaan berlaku diantara dua kaum pemodal ini. Mereka berperang untuk memiliki dan menguasai kota perniagaan di Melaka, Singapura, Pulau Pinang, Bengkulu, Borneo, Belitung dan Batavia. Terbukti bahawa perperangan ini tidak ada sangkut paut dengan agama atau warna kulit. Mereka berkulit puteh dan semua beragama Kristian. Apa yang mereka rebutkan ialah harta kekayaan dan tanah jajahan. Perperangan mereka adalah perperanga kaum pemodal. Ini adalah mengikut hukum kapitalisma.

Akhirnya melalui perjanjian Anglo-Dutch Treaty 1824 dua kuasa kolonial ini bersetuju untuk tidak berperang. Perjanjian 1924 ini memisahkan Bumi Melayu dan Kepulauan Melayu – maka lahirlah apa yang dipanggil Indonesia dan Persekutuan Tanah Melayu.

Belanda menerima hakikat bahawa Singapura adalah hak British dan British memulangkan Bengkulu dan Belitung kepada Belanda. Kuasa penjajahlah yang melahirkan konsep negara bangsa. Pulau pulau di Selatan Singapura menjadi Indonesia.

Melalui Anglo-Siamese Treaty 1909 wilayah Patani, Menara, Singgora, Setul dan Yala menjadi wilayah Raja Siam. Kedah, Kelantan, Perlis dan Terangganu jatuh ketangan British. Perjanjian-perjanjian ini bukan di buat oleh Orang Melayu tetapi oleh kuasa kolonial British. Tujuan perjanjian ini adalah untuk memastikan suasana aman agar saudagar dari East India Company dan Dutch East India Company tidak diganggu gugat.

Kaum saudagar dari negeri atas angin yang awalnya datang dengan kapal layar untuk berniaga dan mencari bahan perniagaan akhirnya menjajah dan mendirikan kekuatan tentera, politik dan ekonomi. Modal dan harta kekayaan yang terkumpul hasil dari sistem ekonomi kapitalis ini akhirnya sampai ke puncak.

Puncak pencapian kapitalisma ialah imperialisma. Kekuatan modal imperialisma ini telah berjaya mendirikan empire. Ini samalah seperti empire yang didirikan oleh Kerajaan Rom - dimana seluruh Eropah, negara Arab dan negara di persisisran Laut Tengah semuanya menjadi tanah jajahan Emperor Rom.

Tanah Melayu juga akhirnya menjadi sebahagian dari Empire British. Tanah tanah jajahan British yang berselerak di Asia dan Afrika telah menyelamat ekonomi British dari berlakunya pemberontakan rakyat. Modal British dapat berkembang meluas mencari untung.

Keuntungan berlipat ganda mencurah-curah masuk ke kota London. London menjadi kota terbesar dan terkaya dalam dunia - lebih besar dan ampuh dari Empire Rom. Tapi pesta ini hanya untuk sementara kerana ada lagi satu hukum alam yang tidak dapat di lawan: Dimana ada penindasan disitu pasti akan muncul penentangan. (TT)


Read full article

Tuesday, March 24, 2009

MEMAHAMI KAPITALISMA (TukarTiub)

DARI MANA HARTA KEKAYAAN DATANG

Harta kekayaan datang dari tenaga manusia. Harta Qaroon sekali pun ianya terkumpul dari hasil tenaga manusia. Kena loteri pun duitnya berpunca dari tenaga manusia yang telah di tipu. Justeru semua harta kekayaan didalam duna ini adalah hasil tenaga kerja manusia. Sejarah dunia ini ialah sejarah manusia membuat pekerjaan. Tidak ada harta terpijak.

Tulang empat kerat dan otak fikrah manusialah yang melahirkan dunia yang kita lihat hari ini. Semua kebaikan dalam dunia ini adalah hasil perbuatan manusia. Semua kebejatan dan kerosakan alam ini juga adalah hasil kerja tangan manusia.

Apabila manusia bekerja dia melaburkan tiga pekara asas: tenaga, masa dan fikrah. Tiga pekara inilah yang menjadi asas ekonomi. Dari Zaman Batu, ke Zaman Gangsa, ke Zaman Wap, ke Zaman Leterik, ke Zaman Nuklear hingga ke Zaman Internet hari ini – yang menjadi asas ekonomi masih lagi tiga perkara ini.

Semua harta kekayaan – dalam apa sahaja bentuk - yang di miliki oleh sesiapa pun didalam dunia ini tidak dapat tidak berpunca dari tiga asas ini.

Pak Tani ke sawah – dia membanting tulang – menghabiskan masa dan tenaga untuk menghasilkan padi dan beras. Dia menggunakan akal fikiran untuk mencari masa dan ketika yang baik untuk menyemai, mengubah, merumput dan menuai padi. Pak Cik Felda bertungkus lumus menanam sawit, membaja pokok, memotong buah dan mengumpul buah. Pak Cik Felda juga menggunakan akal fikiran tentang cara terbaik untuk membaja, menarah pokok dan memilih buah.

Tiga pekara ini tidak akan lari sebagai asas ekonomi – masa , tenaga dan fikiran.

Jika sesiapa yang telah membaca buku The Godfather tulisan Mario Puzo akan bertemu dengan ayat – di belakang semua kekayaan ialah jenayah. Kata-kata ini ada unsur-unsur kebenaran. Semua manusia yang kaya raya didalam dunia mendapat harta kekayaan hasil dari merompak – tenaga, masa dan fikiran orang lain.

Towkay atau Tok Peraih yang membeli padi dari Pak Tani akan membelinya dengan harga yang murah. Ertinya Tok Peraih membeli dengan harganya yang tidak setimpal dengan nilai masa, tenaga dan fikiran Pak Tani. Tok Peraih akan menjual padi ini sekali lagi dengan harga yang tinggi – ini dipanggil untung. Untung ini sebenarnya ialah nilai lebihan hasil dari tenaga, masa dan buah fikiran Pak Tani yang menanam padi.

Padi yang telah menjadi beras ini akan bertukar tangan sahingga sampai kepada pengguna. Dalam perjalanan dari sawah ke meja makan - orang-orang tengah ini menokoh tambah nilai harga tenaga asal titik peloh Pak Tani. Si Pengilang, Si Pembungkus, Si Pengangkut, Si Pengiklan dan Si Peruncit – semua ini adalah orang tengah yang hidup kaya raya diatas titik peluh Pak Tani.

Orang-orang tengah ini berligar-ligar memusing-musing perniagaan untuk mendapat keuntungan maksima. Justeru – Pengilang beras jadi kaya, Pengedar beras jadi kaya atau Pembekal beras jadi kaya. Jangan terperanjat ada diantara peniaga beras – di Bursa Saham Wall Street New York atau City of London - tidak pernah melihat sawah dan padi tetapi mereka kaya raya berniaga padi dan beras. Yang terus miskin ialah si Pak Tani. Ini lah satu contoh dalam sistem ekonomi kapitalis dimana harta kekayaan boleh dibuat dengan menggunakan tenaga, masa dan fikiran orang lain.

Mekanisma yang dikatakan menilai harga padi dari Pak Tani ialah Pasaran atau Market. Ini sebenarnya satu pembohongan. Pasaran ini di kawal oleh tuan-tuan pemodal sendiri. Tok Peraih, Si Pengedar, Si Pembekal – semuanya memiliki persatuan yang menjaga kepentingan mereka. Dengan modal besar yang terkumpul mereka mengawal harga untuk memastikan mereka terus mendapat keuntungan maksima. Mereka memastikan harga padi atau apa sahaja yang mereka beli akan terus murah dan manakala harga beras atau apa sahaja yang mereka jual untuk pengguna akan terus mahal.

Pak Tani telah dipisahkan dari orang yang ingin membeli beras. Ruang pisah ini telah dimasuki oleh Orang Tengah atau Lintah Darat yang kerjanya hanya mengaut untung. Untuk mengindah muka hodoh Lintah Darah ini mereka memanggil diri mereka – Ahli Perniagaan, Usahawan, Pemaju, Pengimpot, Pengekpot atau Pengedar. Hakikatnya mereka hidup diatas usaha orang lain.

Kita juga selalu melihat, membaca atau mendengar ada Sang Kontrektor atau Sang Pemaju menjadi kaya raya. Ini bukan bermakna si Pemaju ini hebat, bijak atau dia berjemur dalam panas terik membanting tulang. Apa yang lakukan oleh si Pemaju ialah mencari tenaga kerja buruh termurah. Kerana itu di Malaysia kita mengimpot buruh dari luar negara untuk membayar upah tenaga kerja dengan murah.

Kita panggil ini gaji. Gaji ialah pertukaran masa, tenaga dan fikrah si Buruh yang membuat kerja. Jumlah duit yang dibayar untuk pertukaran ini akan dinilai oleh si Pemaju. Si Pemaju sama seperti Tok Peraiah akan menilai masa, tenaga dan fikrah Buruh ini dengan nilai yang terendah. Gaji yang murah akan menjanjikan keuntungan yang lebat untuk si Pemaju. Justeru si Pemaju binaan tidak akan mengambil buruh dari New Zealand atau Sweden – tidak mungkin – mereka mengambil dari Indonesia, Burma dan Nepal.

Harus kita sedari bahawa seorang buruh Sweden keupayaan kerjanya adalah sama dengan buruh dari Nepal atau Indonesia. Tetapi ada perbezaan bayaran. Perbezaan bayaran ini untuk memastikan si Pemaju mendapat keuntungan yang maksima. Rumah atau bangunan yang di dirikan oleh tenaga buruh dari Indonesia atau Nepal dapat dijual dengan keuntungan lebih banyak. Keuntungan berlaku kerana tukaran tenaga, masa dan fikrah itu tidak setimpal dengan nilai tenaga pemburuhan itu.

Justeru terbukti Si Kontrektor dan Pemaju jadi kaya raya bukan kerana mereka hebat tetapi kerana mereka hidup mengumpul titik peluk dan tenaga beratus-ratus kaum buruh yang kemudiannya dijadikan keuntungan dan modal. Lagi ramai tenaga buruh yang di gunakan lagi besar modal yang dapat di kumpulkan.

Jika kita telah memahami asas dari mana punca modal dan keuntungan datang maka amat senang untuk kita memahami kenapa pula negara-negara Dunia Ketiga – Asia, Afrika dan Latin Amerika terus miskin dan susah. Dari sini kita juga akan faham kenapa Eropah, Jepun, Amerika, Canada dan Australia terus menjadi kaya dan dapat mengumpulkan modal untuk warga mereka hidup lumayan.

Dalam konteks ekonomi kapitalis global - semua negara-negara Dunia Ketiga tarafnya samalah seperti Pak Tani dan Buruh Imigran. Malaysia, Singapura dan China ini adalah buruh-buruh imigran. Thailand, Cina, Indonesia, Vietnam adalah Pak Tani yang mengeluarkan makanan. Hasil dari sistem ini warga di Asia, Afrika dan Latin Amerika terus hidup dalam kemiskinan. Tenaga, masa dan fikrah warga di negara-negara ini di nilai dengan rendah justeru upah untuk masa, tenaga dan fikrah mereka amat sedikit.

Dalam sistem kapitalis ini, yang mendapat kekayaan adalah kaum pemodal antarabangsa yang berpusat di New York, Paris dan London. Kaum pemodal antrabangsa ini mengajukan kepada kita semua agar menggunakan sistem ekonomi kapitalis yang telah mereka cipta. Warga di Asia, Afrika dan Latin Amerika di taburkan dengan pelbagai tipu helah dan paksaan agar menerima sistem ekonomi kapitalis tanpa apa-apa pilihan. Kaum pemodal Anglo-Amerika mengatakan bahawa tidak ada sistem ekonomi yang lain melainkan sistem kapitalis. Ini bohong.

Jadi dalam konteks ekonomi kapitalis global, kita di Malaysia dilihat sebagai buruh imigran oleh kaum pemodal Anglo-Amerika. Justeru, buruh imigran tidak memiliki banyak hak. Buruh imigran ini selalu ditakut-takutkan dengan pelbagai undang-undang dan akta. Mereka tidak ada kesatuan yang ampuh untuk memperjuangkan hak mereka.

Buruh imigran ini tidak mungkin akan dapat mengubah dam memperbaiki hidup dalam sistem yang ditaja oleh Tuan Empunya Modal atau Kilang. Sebagai buruh kilang kita akan terus mendapat gaji yang rendah. Kita tidak akan memiliki kualiti kehidupan yang lumayan untuk kita memperluaskan keupayaan diri sebagai insan untuk membuat kebaikan. Malah kita juga dilarang untuk berilmu dan berfikiran bebas.

Seperti Pak Tani di Kuala Muda Kedah hidup mereka akan berterusan dalam kemiskinan kerana Tok Peraih Beras dan Tuan Punya Kilang Beras tidak akan membenarkan Pak Tani ini faham akan susur galur perjalanan sekampit padi itu. Pemodal pemodal antara bangsa di Bursa Saham Wall Street dan City of London tidak akan membenarkan Pak Tani dan Buruh Kilang mengubah cara urus niaga ini. Mereka menyediakan mandor-mador yang ganas untuk memastikan sistem ekonomi ini berteruskan.

Di Malaysia mandor yang telah di pilih oleh kuasa pemodal Anglo-Amerika semenjak tahun 1957 ialah gerombolan United Malays National Organisation. Mana mungkin Tok Peraih dan Sang Pemaju dan para mandor ini mahu berubah sistem kerana sistem kapitalis ini telah memberi memberi mereka keuntungan maksima dan modal yang melimpah tanpa mereka membanting tulang bekerja. TT

Read full article

Thursday, March 19, 2009

Cis Derhakalah Kamu! (TukarTiub)

Apabila Hang Jebat bangun melawan Sultan Melaka itu bukan menderhaka. Hang Jebat membetulkan apa yang salah. Bendahara Melaka tidak membunuh Hang Tuah, walau pun telah dititahkan oleh Baginda Sultan. Tindakan Bendahara ini juga bukan menderhaka. Bendahara membuat pekara yang betul. Sultan Melaka yang salah.

Derhaka adalah satu konsep yang wujud dalam pembudayaan Melayu. Kita selalu mendengar Anak Derhaka. Konsep derkaha berkait rapat dengan perintah. Anak dikatakan derhaka terhadap ibu bapa jika TIDAK menurut perintah emak dan ayah.

Derhaka disini di gunakan untuk mendidik anak-anak agar mendengar cakap orang yang lebih tua. Atau nasihat dari orang yang lebih berpengalaman. Ianya adalah pagar budaya agar mereka yang lebih muda dan kurang berpengalaman tidak akan terjerumus membuat kesilapan.

Konsep pembudayaan Melayu untuk mendidik anak-anak ini telah ‘dirampas’ dan ‘dirompak’ oleh gulungan feudal Melayu untuk menerap dan memperkukuhkan kuasa feudal mereka terhadap manusia Melayu.

Sistem ekonomi feudal didalam dunia ini memiliki ciri dan pola yang sama. Sistem feudal muncul di zaman peralihan tamadun manusia, di zaman manusia mula hidup berkelompok dan berpuak-puak. Secara tersendiri dalam kelompok-kelompok ini akan lahir pemimpin, gedebe atau kepala. Mungkin kerana badannya sasa dan berani bertempur. Mungkin kerana dia memiliki bakat pimpinan. Kalau dalam budaya Melayu susuk ini pandai ilmu silat dan keilmuan batin.

Akhirnya di Kampong Hulu ada pemimpi muncul. Di Kampong Hilir ada juga gedebe kampong. Pemimpin atau gedebe ini ini diperlukan untuk memberi arah tauladan ketika bekerjasama, berseraya atau bergotong royong ke hutan mencari makanan, mencari rotan, membuat rumah beramai-ramai atau ke sawah bersama-sama. Yang menjadi kepala atau yang gedebe ini akhirnya di anggap menjadi Tok Penghulu.

Budaya ini masih dipakai lagi di kalangan Orang Asal. Pemimpin mereka di panggil Tok Batin. Tok Batin ialah Tok Penghulu untuk Orang Asal. Kalau di Negeri Sembilan mereka ini menjadi Kepala Adat atau Datuk Undang.

Apabila masyarakat mula berkembang maka kumpulan-kumpulan ini menjadi besar. Kadang kala mereka bersatu. Ada yang bersatu kerana perkahwinan. Ada yang bersatu kerana keperluan ekonomi yang memerlukan lebih ramai tenaga untuk membuka sawah atau ladang yang lebih luas. Atau mereka bersatu kerana ada musuh dari luar datang merampas tanaman, sawah padi atau anak isteri mereka.

Dari sinilah munculnya mukim, daerah, wilayah dan akhirnya menjadi negeri. Kalau kita membaca buku Sejarah Negeri Sembilan, Sejarah Perak, Sejarah Kelantan – kita akan temui pergaduhan antara wilayah-wilayah ini. Kepala Tok Batin Negeri Sembilan bergaduh dengan Tok Batin Johor. Mereka berebut harta, tanah dan kekayaan. Akhirnya gedebe Negeri Sembilan ‘derhaka’ tidak lagi mahu menurut cakap dan ‘arahan’ gedebe Johor.

Harta dan kekayaan yang di rampas dan terkumpul menjadikan gedebe, Tok Batin atau Tok Penghuu ini berupaya untuk mengupah lebih ramai orang untuk bekerja di tanah hartanya. Jika ada pula tanah yang subur akan di teroka lagi oleh orang-orang upahan. Maka harta gedebe ini semakin banyak. Akhirya dengan harta yang banyak Tok Batin, Gedebe atau Tok Penghulu ini mendirikan bala tentera untuk menawan lebih banyak lagi tanah adan harta.

Dari sinilah timbulnya konsep Raja atau Sultan. Gedebe-gebebe ini kerana memiliki harta dan tentera lalu mengakui diri mereka sebagai Raja. Untuk terus menakut-nakutkan orang kampong di buat pelbagai cerita-cerita karut bahawa Raja ini keturunan dari Atas Angin, atau dari dunia kayangan atau seperti Raja Jepun mengakui mewakili Tuhan di atas dunia ini. Semua ini karut marut.

Dalam budaya feudal Melayu ditimbulkan pula konsep tulah – ertinya tidak boleh melawan kuasa Raja. Kalau melawan akan tulah. Bila tulah rakyat biasa akan sakit dan ubatnya kadangkala di cadangkan oleh bomoh ialah meminum air basuh kaki Raja. Lihatlah bertapa lebong dan kelentongnya gedebe-gedebe yang mengakui jadi raja ini. Ini berlaku di Tanah Melayu 600 atau 500 tahun dahulu. Justeru semua ini di terima pakai oleh manusia Melayu pada ketika itu.

Apabila penjajah British datang mereka melihat Raja-Raja ini boleh dijadikan orang perantaraan atau kadangkala jadi kuda tunggangan untuk diarah ke hulu ke hilir oleh British. British menggunakan Raja Raja Melayu sebagai orang tengah untuk melembutkan hati Melayu agar manusia Melayu tidak bangun memberontak melawan penjajah.

Marilah kita sama-sama ketawa kerana Raja-Raja yang dikatakan berdaulat ini tiba-tiba hilang daulatnya bila berhadapan dengan tentera British. Daulat Raja Melayu tidak boleh memakan Mat Salleh. Tulah Raja Melayu pun tidak ‘mengeras’ kepada Mat Salleh. Tidak ada soldadu British yang jatuh sakit kerana tulah Raja Melayu.

Mat Salleh sampai kiamat pun tidak akan meminum air basuh kaki Raja Untuk mereka ini kerja orang gila. Terbukti tidak ada daulat raja disini. Daulat sebenarnya ialah soldadu dan alat tentera British yang lebih canggih dari keris dan tombak Raja Melayu. Bom dan senapang British adalah daulat dan kuasa. Terbukti daulat dan tulah ini hanyalah cerita karut marut.

Justeru, penjajah British telah memecahkan tembelang daulat Raja, keramat Raja dan segala macam cerita-cerita karut tentang Raja-Raja Melayu. Akhirnya apa yang tinggal hanyalah slogan – Orang Melayu Pantang Derhaka Terhadap Raja.

Pantang Derhaka Terhadap Raja ini di jual kepada manusia Melayu kerana hendak membodek British. Ini kerana ada Gedebe-Gedebe Melayu dan penyokong-penyokongnya telah berani bangun mengangkat senjata melawan British. Ciss, pantang Melayu derhaka pada Rajanya adalah slogan karut yang digunakan agar manusia Melayu mengikut Raja yang kini telah menjadi pengikut dan pembodek British.

Ciss, Melayu Pantang Derhaka disini bermakna Melayu jangan melawan kuasa British.

Pada hari ini tahun 2009 konsep tidak boleh derhaka terhadap Raja terbukti konsep karut. Pembudayaan Melayu telah berubah jauh dari 500 tahun dahulu. Kita sebagai manusia – Melayu, Cina, India atau sesiapa sahaja - memang di larang untuk TIDAK MENDERHAKA tetapi bukan kepada Raja. Kita sebagai manusia tidak boleh menderhaka terhadap kebenaran dan keadilan. Kita sebagai manusia tidak boleh derhaka terhadap Yang Maha Esa.

Hang Jebat tidak derhaka. Jebat telah melakukan apa yang wajib dilakukan kerana Sultan Melaka telah menjadi zalim dan memerintah mengikut kata hati. Datok Bendahara tidak mengikut titah Sultan Melaka untuk membunuh Hang Tuah kerana Bendahara sedar Sultan berada dipihak yang salah.

Yang salah tetap salah. Yang benar tetap benar. Jika Ayah yang salah maka ayah wajib di tegur. Ibu yang salah maka ibu wajib di ingatkan. Jika Adik Kecil yang betul maka Adik Kecil wajib didengari. Salah dan benar bukan kerana derajat, umur atau kerana dia Datok, Tun, Hukam , Hakim, Batang Seri atau Sultan.

Kebenaran dan keadilan bukan di monopoli oleh Raja, Sultan, Czar, Emperor atau Maharaja. Kebenaran dan keadilan adalah milik semua. Kita tidak perlu takut untuk menderhaka kalau kita menderhaka demi kebenaran dan keadilan. Malah dalam hidup ini kita diwajibkan menderhaka dan digalakan menderhaka demi kebenaran. Menderhakalah beramai-ramai jika menderhaka ini untuk kebaikan ramai. (TT)

Read full article

Penghormatan Bukan Dipaksa (TukarTiub)

Penghormatan di beri bukan diminta-minta. Individu dihormati bukan kerana paksaan undang-undang atau akta. Kalau ada sesiapa tidak ingin menghormati Tuan, Mador, Ketua Pejabat, Cikgu atau Raja - tidak ada apa-apa yang boleh di lakukan. Menangkap, merotan atau di masukkan ke dalam penjara - tidak akan melahirkan apa-apa penghormatan.

Che Guevera di hormati oleh anak-anak muda diseluruh dunia bukan kerana ada undang-undang dari Bangsa Bangsa Bersatu atau ada arahan dari IMF atau Mahkamah Dunia. Che diberi penghormatan kerana hati naluri anak-anak muda mahu menghormati. Che Guevera tidak pernah meminta-minta penghormatan ini kerana dia telah lama mati.

Penghormatan yang ditimbulkan melalui undang-undang, kuasa atau pangkat bukan penghormatan – ini penghormatan yang pura-pura. Mahathir satu ketika dahulu di hormati kerana dapat memberi habuan kontrek. Malah Mahathir sendiri sedar hingga dia membebel sesudah kalah untuk menjadi delegasi Kubang Pasu ke Perhimpunan United Malays National Organisation pada tahun 2006 dahulu. Dia membebel kerana tidak ada lagi orang yang datang mencium tangannya.

Lihat pula Abdullah Badawi – belum pun tamat menjadi PM – kerana tanda tangannya tidak lagi laku - tidak mendatangkan kontrek – tidak ramai menteri dan para pembodek yang datang berhari raya di Kepala Batas tahun lalu.

Berilah apa sahaja nama dan darjah penghormatan – dari Tun , Tan atau Tin.– ianya hanya tin-tin yang kosong tidak membawa apa-apa pengertian. Pakaikan baju kuning, merah atau kelabu – pasangkan lah tanjak tujuh tingkat – semuanya tidak ada makna. Hormat datang dari hati.

Pada tahun 1964 Jean Paul Sartre dianugerah Hadiah Nobel Sastera. Dia tidak pun datang mengambil hadiah ini malah Sartre langsung tidak ambil pot. Dia menolak penghormatan yang mengada-ada. Tetapi idea dan falsafah Jean Paul Sartre masih mengegarkan dunia. Idea dan falsafah inilah yang dinobatkan untuk dihormati dari segala bentuk penghormatan yang pura-pura.

Bagitu juga Le Duc Tho yang mendapat Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1973. Dia juga tidak pergi ke Stockholm untuk mengambilnya. Hingga ke hari ini Duc Tho masih di hormati dan diingati sebagai patriot Vietnam yang merangka dan membuka jalan damai untuk negaranya pada tahun 1972.

Justeru apabila ada gerombolan gerombolan yang meloncat mengambur meminta dan memaksa orang ramai agar menghormati raja maka permintaan ini kelihaatan sebagai lawak bodoh. Meminta di hormati, memaksa di hormati atau melembagakan penghormatan bukan penghormatan namanya. Penghormatan datang secara sukarela dari hati suci yang ikhlas dan jujur. Penghormatan yang suci bukan kerana upah, dipaksa, atau dijanjikan dengan pangkat dan kontrek.

Kalau seorang anak sekolah ditarik telinga dan di paksa menghormati Guru Besarnya maka untuk beberapa saat ( ketika telinganya sakit ) mungkin anak sekolah ini akan berkata bahawa dia menghormati si Guru Besar. Terlepas sahaja telinganya dari di pulas, anak sekolah ini bukan sahaja tidak akan menghormati si Guru Besar ini malah besar kemungkinan si Guru Besar akan di baling dengan najis. Ini hakikat.

Bila saya menulis ini - kita telah masuk ke bulan March 2009. Cerita-cerita karut tentang daulat raja, tulah raja, jampi raja – semuanya tidak di percayai lagi. Anak-anak muda hari ini tidak lagi gempaq dengan daulat raja – mereka gempaq dengan penyanyi rock n roll. Anak muda hari ini akan gempaq dengan pemain bola, pemusik, pelakon, pengodam internet atau pembawa kounter culture yang melawan arus. Ini hakikat bukan sahaja di Malaysia malah inilah jalur pemikiran anak muda di seluruh dunia.

Pergi lawati bilik anak muda – tidak mungkin akan di temui gambar Sultan, Raja atau Shah di dinding bilik. Besar kemungkinan akan di temui gambar sebuah kugiran rock, wajah seorang rock star atau mungkin poster Che Guevera. Belum pernah ada dalam dunia ini seorang anak muda yang akan bergadai bergolok untuk mendapatkan baju T gambar seorang Raja – tetapi mereka sanggup ke E-bay untuk membida baju arwah John Lennon yang ori. Ini hakikat kerana kerana kita telah sampai ke tahun 2009.

Raja Moroko, Ratu Elizebeth, Sultan Berunai, Raja Abdulah al-Saud atau Sultan Perak - jika tidak kerana protokol – jika pegawai-pegawai kerajaan tidak di arahkan, jika anak-anak sekolah tidak di paksa - dewan akan kosong. Tidak akan ada ramai orang yang datang memenuhi dewan untuk mendengar susuk-susuk ini berucap.

Sampai kiamat pun anak-anak muda tidak akan membayar harga tiket 200 ratu ringgit untuk mendengar mereka membebel. Tetapi anak-anak muda sanggup turun ke Singapura atau naik ke Bangkok untuk mendengar sebuah rock band datang bermain. Raja Gopal, Raja Kapoor atau Raja Perak, harus sedar diri, pada hari ini tidak ramai lagi orang yang ambil pot kerana nama mereka bermula dengan raja. Ini hakikat tahun 2009.

Masyarakat urban tidak lagi mencari makan dari hasil tanah. Mereka memburuh. Mereka membanting tulang di kilang dan di pabrik. Apabila mereka meninggalkan tanah, berhijrah ke bandar bererti mereka telah memutuskan hubungan dengan budaya feudal. Masyarakat urban melahirkan budaya mereka sendiri – budaya dan gaya hidup yang tidak lagi bergantung kepada raja atau sultan. Dalam budaya urban sistem feudal tidak memainkan peranan.

Memang ada wujud kumpulan kumpulan yang masih menganggap kaum feudal itu wajib dihormati kerana darah keturunan mereka. Kumpulan ini adalah mereka yang ingin menahan gerak dan arus pembudayaan dunia moden hari ini. Malah di Peranchis, sebuah negara Republik masih ada warga yang cuba membawa kembali sistem Beraja di Peranchis. Mereka bernostalgia terhadap zaman feudal yang telah terkambus.

Di Tanah Melayu juga masih ada kumpulan dan gerombolan yang percaya dengan ‘daulat’ raja. Sebenarnya, ini berlaku kerana kepentingan ekonomi mereka bergayut dengan kaum feudal. Mereka ingin memastikan yang kepentingan ekonomi mereka akan dapat dipayungi oleh kaum feudal. Justeru, mereka sanggup membeli derajat kebesaran agar mereka dapat juga dilihat ‘besar’.

Hakikanya - kumpulan dan gerombolan pro-feudal ini dari sehari ke sehari semakin berkurangan. Pengurangan kumpulan dan gerombolan ini bukan di rancang. Pengurangan ini muncul dengan sendiri kerana asas ekonomi telah berubah.

Dalam konteks asas ekonomi kapitalis moden - keupayaan individu dinobatkan bukan kerana darah keturunan. Barack Obama, Micheal Jackson atau Colin Powell berada ditempat mereka berada hari ini bukan kerana mereka cucu kepada Raja Buganda dari Afrika tetapi kerana fikrah dan keilmuan mereka. Ini hakikat.

Ini bukan bermakna kita tidak meghormati Raja Gopal, Raja Kapoor atau Raja Perak. Sebagai sesama insan kita wajib menghormati satu sama lain. Kita juga wajib beradab dan bersopan terhadap mereka. Penghormatan, adab sopan yang kita tunjukkan kepada mereka bukan kerana mereka Raja. Mereka berhak menerima penghormatan dari kita jika mereka memiliki keintelektualan dan fikrah yang unggul.

Perhormatan yang ikhlas dan dilakukan secara sukarela tidak berhujung dan tidak bernoktah. Seperti Che Guevera dari zaman berzaman susuk ini akan terus di muliakan walau pun telah lama mati. Tidak seperti Mahathir yang terpaksa membebel untuk di hormati. Atau seperti Ghazali Shafie atau Muhamad Rahmat yang seperti tunggul pergi tersepak dan pulang terlanggar.(TT)


Read full article

Setiap gen MELAYU adalah Bangang (AdukaTaruna)

"Dia mcm padi la. Banyak jenis. Benih jenis Melayu kureng sket...."

Oleh : AdukaTaruna

Hamba nak cakap pun salah, tak cakap lagilah salah. Kita cakap apa pun, tapi Melayu tetap Melayu. Kita ni sebenarnya amat hina. Macamana kita memandang rendah pada kaum peribumi, begitulah bangsa-bangsa utama dunia memandang kita. Malah lebih teruk lagi.

Kita lihat orang asli itu kuno, tak boleh harap, buat itu, buat ini pun tak boleh, dhaif, jumud dan sebagainya. Tapi begitulah bangsa ini terutama bangsa Cina memandang kita. Janji Melayu, pemalas, penagih, pemabuk, berfoya-foya, biar papa asal bergaya. Sebab itu di Malaysia, pertumbuhan Islam agak lambat dari negara-negara maju. Sebab mereka ingat Islam itu Melayu!

Melayu. Kita mana ada bahasa. Kita mana ada tulisan. Malah tulisan Jawi yang dipupuskan UMNO itu pun, adalah evolusi dari tulisan Arab. Sekarang ini kita meminjam tulisan rumi. Rome. Hamba taip ni pun keyboard rumi.

Pengiraan. Matematik. Bangsa lain mempunyai satu suku kata untuk satu nombor. One untuk 1 (english). E untuk 1 (cina). SA-TU untuk 1. Kita guna 2 suku kata. Itu belum masuk SEM-BI-LAN untuk 9. Membazir, satu penciptaan sebutan nombor matematik yang BANGANG oleh Melayu.

Cabang Ilmu. Mana ada Melayu yang mencipta teknologi atau cabang ilmu. Macam Ibnu Sinar, Ibnu Kaldun, Al-Khawarizmi. Semua Parsi dan Arab. Orang Putih dan China. (termasuk Jepun dan Korea)

Bila ALLAH takdirkan Melayu beragama Islam bernama Mokhtar (peguam yang amat genius) mengubah sistem nombor Melayu dengan sistem Mokhdar. Maka Melayu menentang atas alasan warisan bangsa. Sedang Jawi yang warisan bangsa itu dipupuskan. Jika kita mengambil Islam, benda yang bermanfaat, ilmu yang bermanfaat wajib diamalkan, disampaikan. Tapi bila kita ambil Melayu ......... Erm.... BANGANG lagi......

Kemudian, ALLAH takdirkan seorang Islam berbangsa Melayu. Budak lagi. Tapi genius tahap profesor matematik universiti. Menyalaklah pemimpin-pemimpin Melayu ini, ada yang kata ia perlu ikut silibus yang ada, ada yang kata perlu ubah silibus, ada yang tumpang semangkuk. Diusung budak kecil itu ke seluruh negara. Sudah macam pertunjukkan bangsawan pula. Tapi cuba budak yang bijak tadi mengkritik pemerintahan Melayu kerana kegeniusannya. Mesti budak tadi dikecam, dihina. Maka kisah budak yang dibunuh oleh Sultan Melayu kerana genius mencadangkan batang pisang bagi menghalang Temasik dilanggar todak pun bermula semula ....... BANGANGNYA Melayu ....... Hamba pon sama ....... Bilalah nak ambil Islam sepenuhnya .......

Murtad. Satu isu yang amat menusuk jiwa mukmin. Malaysia adalah negara sekular. Pemerintahnya, Melayu. Ia tidak menghalang orang Islam menukar agama mereka. Undang-undang digubal di Parlimen. Untuk menggubal satu-satu undang-undang, parlimen memerlukan majoriti setuju.

Contoh. Parlimen ada 9 kerusi. YB Ayam mahu undang-undang buang sampah dikenakan denda kerja-kerja amal. YB Itik pula membangkang. Itu hak asasi individu la nak buang sampah merata-rata. (kata YB Itik). Kemudian YB Itik dan YB Ayam berhujah di parlimen.

Dipendekkan cerita YB Itik menang. Parlimen dengan majoriti 5/9 kerusi menyokong hujah YB Itik.

Tukar isu. Sampah kepada murtad. Pembangkang mahu undang-undang murtad diwartakan. Itu dahulu jika tidak mahu undang-undang ALLAH. Hudud. Macam cerita tadi. Orang Melayu yang hamba sebutkan BANGANG (hamba termasuk sekali) telah menghantar satu parti secara 2/3 majoriti parlimen. Maknanya tiadalah keseimbangan. Check & Balance. Mereka gubal la undang-undang sesuka hati. Sure diluluskan. Sebab majoriti mereka pegang. Antara yang diluluskan.....

Murtad, mencabar mahkamah syariah, ISA, AUKU, Akta Mesin Cetak, menukar Polis di bawah Jabatan Perdana Menteri (bukan di bawah Yang Dipertuan Agong), BPR di bawah Jabatan Perdana Menteri (bukan di bawah parlimen), mengundi masih guna pensil, tidak menjelup jari ke dalam dakwat sesudah mengundi (so boleh mengundi lebih dari sekali), tidak memberi pembangkang media walaupun saluran berbayar, membenarkan pendaratan kapal pembunuh umat Islam (kapal perang Dajjal USA) mendarat di negara ketua OIC, menaikkan harga barang-barang, uih penat jari nak taip. Tapi Bangsa Melayu tetap BANGANG.

Perdana Menteri pula haruslah di undi oleh setiap umat Islam. Mana ada negara macam Malaysia. PM nya diundi oleh perwakilan. Perwakilan sekular kebangsaan pula tu. Jika perwakilannya berjumlah 300. USA dan Israel membeli satu perwakilan hanya RM1 juta setiap satu, maka hanya dengan RM151 juta sudah memadai untuk membeli PM Malaysia sekaligus membeli Malaysia. Tukar pula RM dalam Dolar, brapa sen sangat.

Tapi mengapa ianya tidak berlaku? Sebab sebenarnya kita (MELAYU) sudah pun tunduk tanpa perlu dibeli. Lebih hina dari dibeli. Tunduk sendiri. Sekali lagi BANGANGNYA MELAYU. Uih kenyang orang Melayu dengan BANGANG ini.

Berdesingkah telinga kita mendengar perkataan seumpama begini? Bila ada isu ini, selalu penulisnya akan dimaki. Habis penulis itu apa, kalau bukan Melayu. Meludah ke langit la, cermin diri sendiri la. Tapi itulah hakikatnya. Sudah banyak kali kita mendengar Melayu otak beku, malas, bohdoh, zalim dan seumpamanya. Mari kita tinjau apa yang berlaku sebenarnya.

"MELAYU. Inilah nama kepada bangsa kita. Kenapa? Siapa yang memberi nama? Tidaklah penulis ketahui. Setelah penciptaan Adam, dunia terus berkembang dengan berbagai jenis bangsa. Ada bangsa yang dimusnahkan ALLAH dan digantikan dengan baru, ada yang wujud sehingga kini. ALLAH mengatakan bangsa-bangsa ini perlu saling kenal-mengenali.

Dalam sejarah manusia, terdapat beberapa jenis bangsa yang dicatatkan oleh ISLAM. Yahudi, Rom, Afrika, Cina (termasuk Jepun dan korea) dan Parsi. Melayu? Bangsa penulis ini, kita tinggalkan dahulu.

Yahudi, dicatatkan sebagai bangsa yang mempunyai banyak nabi. MUNGKIN kerana bangsa ini amat degil. Yahudi amat pintar. Mereka dikatakan mempunyai daya "kesinambungan hidup" yang amat kuat. Bangsa juga ini amat berbangga kerana pernah menikmati makanan dari syurga! Hebat. Jika bangsa ini berbangga dengan dasar KEBANGSAAN mereka, bangsa YAHUDI, mereka mempunyai satu ASAS yang boleh dibanggakan (di dunia sahaja).

Rom, juga bangsa yang hebat. Malah ada yang berpendapat Dajjal itu adalah satu bangsa. Jika Yakjuj dan Makjuj dikatakan bangsa Rusia, Dajjal pula adalah bangsa Rom. Sekarang ini, bangsa ini ada di seluruh dunia berpaksi di USA dan Britain. Pendapat ini diasaskan dengan firman ALLAH yang mengatakan sunnah ALLAH (rentetan peristiwa atau peraturan) itu sesekali tidak akan berubah. Dalam sejarah Islam dan manusia, sejak Nabi Adam, manusia yang menegak agama ALLAH itu sentiasa mempunyai musuh di kalangan manusia juga. Jadi Dajjal dan Yakjuj Makjuj itu juga adalah manusia. Berbalik kepada bangsa Rom ini, jika mereka memperjuangkan dasar KEBANGSAAN mereka, bangsa Rom, mereka juga mempunyai ASAS yang boleh dibanggakan (di dunia sahaja).

Seterusnya Cina. Bangsa ini juga mempunyai daya "kesinambungan hidup" yang amat tinggi. Mudah kata, campak mana-mana pun boleh hidup. Malah bukan boleh hidup sahaja, tapi boleh kaya dan berjaya. Di mana-mana ketika ini dunia mempunyai China Town nya sendiri. Jika diukur dengan sukan (pertarungan fizikal manusia), kita ambil Olimpik sebagai contoh, hanya bangsa-bangsa ini yang mengunggulinya. China, Negro dan Orang Putih. Bangsa-bangsa ini amat hebat. Dan sekali lagi, jika Cina bermatian mempertahankan dasar KEBANGSAAN mereka, mereka juga mempunyai ASAS yang boleh dibanggakan di dunia ini.

Bagaimana Parsi? Kepada adik-adik, bayangkan Parsi itu rakyat Iran dan bekas jajahan Rusia yang lain. Bangsa ini juga hebat. Iran menjatuhkan boneka USA hanya dengan mahasiswa mereka. Agaknya mampu tak mahasiswa kita (Melayu) menjatuhkan boneka USA BN di Malaysia? Jadi jika mereka mengambil KEBANGSAAN mereka sebagai perjuangan, mereka juga ada ASAS yang hebat.

Sebelum kita menghurai MELAYU secara ringkas, kita pergi ke sudut saintifik. Mengapa bangsa-bangsa ini amat pintar. Kepintaran dikatakan mempunyai kaitan dengan saiz otak. Otak anjing lebih besar dari otak kucing, jadi mereka lebih cerdik dan boleh dilatih dengan bermacam-macam latihan. Otak manusia dikira dalam cm padu.

Bangsa-bangsa utama ini mempunyai otak lebih kurang 1500 cm padu. Tapi bangsa-bangsa kepulauan MELAYU dan orang asli di seluruh dunia hanya sekitar 1400 cm padu. Itu dalam bab pintar. Bagaimana pula dengan "kesinambungan hidup" atau survive. Bab ini termasuklah ketabahan, tak mudah putus asa, sukakan cabaran dan tahan lasak. Menurut kajian, bangsa-bangsa yang mempunyai Kesinambungan Hidup yang tinggi ini, berkait rapat dengan iklim.

Jadi bangsa yang hidup dalam 4 musim, perubahan musim yang ketara (ada sejuk melampau dan ada panas melampau) dan bencana alam dalam keadaan yang amat lama (beratus-ratus tahun) mengalami evolusi terhadap perubahan tersebut. Maknanya generasi yang mereka hasilkan semakin berdaya tahan dengan masalah yang sama.

Kayu pengukur mudah untuk mengukur bangsa yang hebat di zaman ini adalah senjata Neuklear. Hanya bangsa-bangsa ini yang mempunyai kemampuan (samaada berani atau daya penghasilan) untuk memilikinya.

Jadi jika bangsa-bangsa ini bermegah, berjuang dan bermati-matian memperjuangkan dasar KEBANGSAAN mereka, bagaimana dengan dunia? Sejarah telah membuktikannya. Perang dunia pertama, kedua, peristiwa holocoust, pembunuhan etnik Yahuni oleh Jerman, pembunuhan demi pembunuhan, peperangan demi peperangan. Sebab itu ALLAH menurunkan pesuruhnya supaya manusia memegang tali yang satu, tali yang benar, tali yang selamat dunia akhirat. Tidak kira Melayu, India, Cina, Yahudi, Arab, Rom, Parsi atau orang Asli sekali pun, yang paling tinggi adalah ketakwaan. Nik Aziz kata kalau Cina nak jadi PM Malaysia yang kita cintai pun boleh, asal bertakwa.

Sekarang kita masuk MELAYU. LAYU? LEMAU? Di saat ini, di saat kita diperintah oleh dasar KEBANGSAAN MELAYU, mari kita tepuk dada, hebatkah pencapaian kita dalam 50 tahun ini. Ekonomi? Perfileman? Akhlak? Politik? Saban hari isu Melayu lemah, malas, lembab dilontarkan. Bukan orang lain, kita sendiri. Kita sendiri yang melontarkan.

Hari ini, saat ini, giliran penulis yang melontarkan isu ini. Sama seperti manusia melontarkan batu di musim haji. Tapi MELAYU TETAP BOHDOH SOMBONG. Tetap menggigit tali KEBANGSAAN MELAYU dengan gigi geraham mereka. Walaupun diberitahu, dibuktikan, dijeritkan bawaha tali itu beracun. Lihatlah tubuhmu wahai MELAYU! sudah hina. Sopak! Kurus! Patah! Jangan gigit lagi tali itu! Ambilah tali Islam, Peluk tali Islam wahai MELAYU!...........

Tapi....... Sukmum, Bukmum, Umyum. Pekak, Tuli, Bisu. BOHDOH SOMBONG. (termasuk penulis) Semua bangsa mempunyai sejarah empayar yang gilang gemilang. Melayu? Zaman kegemilangan? Melayu Melaka? Sejauh mana kegemilangannya? Sejauh mana kepintaran dan ketahannya terhadap musuh-musuh yang ingn menaklukinya? Malah sejauh mana kebenarannya?

Orang lain Empayarnya luas. Melayu hanya semenanjung, tapi rajanya bercakaran sesama sendiri. Sejarah membuktikan Semenanjung Melayu dijajah tanpa peperangan secara total. hanya pecah dan perintah. Sultan A dihasut lawan sultan B. Gua tolong lu, Sultan A. Kalau menang, Lu kene lantik Gua jadi penasihat. Lu sain ini perjanjian. Bohdoh, Bangang, Angguk-angguk, geleng-geleng. Itulah wajah sultan MELAYU.

Dari negeri-negeri selat, hinggalah keseluruh Tanah Melayu. Tergadai. Singapura? Hanya dapat dipandang sahaja oleh generasi hari ini. Bagaimana pahlawan Melayu? Dol Said? Sedih jika mempertahan tanah air atas akidah MELAYU, bukan ISLAM. Setelah ditangkap dan diberi pencen. Terus tak melawan lagi. MaT Kilau? Melarikan diri? Apa hukum mereka yang melarikan diri dalam fisabilillah dalam Islam? Berbeza dengan pahlawan dari pantai timur yang menyahut seruan JIHAD dari Empayar Uthmaniah, beliau dibunuh, dan jasadnya digantung. Alfatihah untuk pejuang Islam.

Hari ini kita terus saksikan negara boneka kita di perintah oleh Melayu. Tidak perlu diberitahu wajah sebenar pencapaian kita. Sukan? Hampir semua cabang sukan diperintah oleh sultan MELAYU. Tak pun oleh sekular Melayu. Hasilnya? Layu..... Alhamdulillah, masih ada yang berjaya seperti Nicol David. Eh! bukan Melayula. Tidak mengapa, kita tidak berjuang atas akidah MELAYU!

Tetapi bangsa itu bermula dari bawah. Ianya semakin bijak dan maju. Tetapi mengapa bangsa Melayu menongkah arus. Semakin ke belakang? Ini mempunyai kaitan dengan "Penjana Pemikiran" sesuatu bangsa. Apakah itu penjana pemikiran. Terlalu banyak. Kita ambil contoh yang paling mudah. Akhbar.

Akhbar adalah salah satu penjana pemikiran pada zaman ini. Tetapi bebas dan merdekakah akhbar kita? Akhbar bangsa kita diperkudakan bagi kepentingan kekuasaan Nasionalis MELAYU. Akibatnya? Maruah kita tidak terbela. Hak kita tidak terbela. Buktinya? Ambil contoh yang paling terbaru. Sebelum ini berapa ramai banduan kita (wanita dan lelaki) yang teraniaya? Ada yang mati dalam tahanan reman (belum terbukti bersalah) Ada yang dibogelkan. Didera. Dikambing hitamkan demi menutup kes. Pelbagai lagi sepak terajang politik bangsa Melayu. Tetapi beranikah akhbar selaku penjana pemikiran bangsa melayu ini bersuara? Sebaliknya mereka sendiri bekerjasama dengan pengkhianat Islam. Menutup isu. Mengalihkan isu. Akibatnya bangsa yang sedia ada bohdoh ini terus bohdoh bertingkat-tingkat.

Kita lihat akhbar Cina. Walaupun diugut bunuh, dipecat. Tapi mereka bangga kerana namanya tercatat dalam sejarah sebagai pembela bangsa mereka sendiri.

Kita pergi ke bukti kedua. Seorang GodFather Johor (ketua kongsi gelap) di tahan tanpa bicara di simpang renggam. Akhbar mereka menyuarakan kes ini. Akhirnya pengkhianat melayu tunduk membebaskannya. Bagaimana dengan akhbar Melayu berkenaan dengan kes ISA? Ayah kepada beberapa anak dipenjarakan bertahun-tahun tanpa peluang dibucarakan. Suami kepada seorang isteri yang tabah menghadapi ujian dunia? Bukannya seorang tetapi beribu-ribu orang Islam sejak nasionalis Melayu memerintah. Pedih untuk dihuraikan.

Sebenarnya kita boleh menghentikan ini semua. Bagaimana? Dengan menolak atau mengurangkan majoriti BN di parlimen. Tidaklah dia menggubal undang2 sesuka hati. Jika dah totok UMNO, tidak boleh terima hidayah sekali pun, memadailah dengan menolaknya (UMNO) sekali bagi meningkatkan CHEK & BALANCE. Tetapi walau apa pun, MELAYU ITU TETAP BOHDOH. Dijerit, dibuktikan dituamkan di depan mereka sekali pun, cukup Melayu memperolehnya dari bapak-bapak mereka, sedangkan bapak-bapak mereka tidak diberi petunjuk sedikitpun.

Inilah Pemikiran Semulajadi Bohdoh Bangsa Melayu. Lawan UMNO = Lawan Malaysia?

Setiap pilihanraya UMNO menggunakan....

1. Setiap inci Agensi kerajaan. (Jabatan Pendidikan, Kebajikan, etc)

2. Setiap ruang media. (cetak, elektronik)

3. Polis. (Polis kini di bawah Jabatan Perdana Menteri, bukan di bawah Yang Dipertuan Agong. Ish, bodohnya bangsa Melayu)

4. BPR. (BPR kini di bawah Jabatan Perdana Menteri, bukan di bawah Parlimen. Ish, bodohnya bangsa Melayu. Buat tak tahu atau memang tak tahu atau tak mahu tahu?)

5. FRU.

6. SPR. (sepatutnya menjadi pengadil, kini, menjadi pemain untuk UMNO. Alahai Melayu)

7. Peruntukan kerajaan. Isu pembangunan. (itu dah jadi tanggungjawab mana-mana pemerintah la. Lagi pun rakyat bayar, bukan percuma. Takkan BN memerintah, FELDA pula nak bagi api air, atau Pekida pula sediakan jalan raya, atau PAS pula sediakan jambatan. Dewan Bahasa Dan Pustaka perlu mencipta istilah yang sesuai bagi menggambar tahap kebodohan Melayu ini. Amat teramat)

8. Menggugut. (menganaktirikan rakyat / kawasan yang memilih pembangkang. Padahal, kerajaan adalah kerajaan, parti adalah parti. Bila parti sudah membentuk kerajaan, maka, setiap rakyat perlu diadili dengan adil. Ish. Tolonglah DBP. Ciptalah satu istilah.)

9. Memenjara mereka yang mengatakan benar. (ISA, AUKU, OSA, Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan)

10. Pecat.

Alahai Melayu. Bangsa lain lebih cerdik dari kamu. Kamu memerlukan Islam dalam setiap inci kehidupan kamu, supaya kebodohan kamu dipelihara / dilindungi ALLAH.

Bohdoh boleh membuatkan kita menolak ALLAH. Cerdik boleh membuatkan kita menolak ALLAH.

Jika Yahudi menolak ALLAH kerana kecerdikannya, Melayu menolak ALLAH kerana terlalu-lalu bohdoh.

Melayu tidak pernah terbabit dalam mana-mana empayar dunia. Tidak pernah terbabit dalam penciptaan teknologi atau cabang ilmu seperti Ibnu Sinar, Khawarizmi. Melayu dijajah berkali kali oleh Kerajaan Hindu Lama, Siam, Belanda, Portugis, Inggeris, Syarikat Hindia Timur (syarikat pon boleh jajah gak, hinanya) Brtish, Jepun, Komunis, Bintang Tiga, Dan British kembali.

Jika tidak kerana British Melayu sudah diperintah oleh Cina melalui gerakan komunis mereka.

Ah... Melayu. Bila lah nak peluk Islam sepenuhnya.

Jadi.... Penulis tanya pada diri penulis. Penulis tanya kepada bangsa penulis. Bilakah lagi? Bilakah lagi kita ingin menukar tali. Tali MELAYU kepada tali ISLAM yang hakiki. Dunia dan akhirat. Ah......! Peduli apa aku......! Hidup Melayu! Melayu yang bagi kita merdeka! Walau tak berapa merdeka pon tak mengapa! Hidup Melayu! Takkan Melayu hilang di dunia. Walaupun Hang Tuah tergamak membelakangkan dosa membunuh. Bunuh kawan sendiri. Tapi demi MELAYU, kita persetankan Islam. Melayu dulu baru Islam. Akhirnya..... Melayu itu tetap layu. Tunggulah kehancuran....nya wahai Melayu. Ianya semakin menampakkan dirinya......"

Ahhh... BANGANGNYA BANGSA MELAYU.





Read full article

Soccernet's Scoreboard

  ©

Back to TOP